Monday, March 26, 2012

azie caramel

assalamualaikum azey!

ahaa.. ni ha aku kepitkan resepi kat blog, pasal senang skit takde sakit mate ko kan nak bace. tolong buat la kalau da dapat resepi ni..heuheuheu...

bahan-bahan:
  1. 7 biji telur (gred A tau)
  2. 1 tin susu cair ( ikut ko la cap ape, aku suke f & n)
  3. 125 ml air (rajin sukat, kalu tak ko hentam la air tu agak2 kang cair jadiknye)
  4. 1 sudu teh essen vanila (jangan lelebih lak)
  5. 2 sudu tepung castard (tau x?)
  6. 120 gram gula pasir (bukan gula batu ok haha)

bahan untuk topeng die tu:

  1. 200 gram gula pasir (better ko sukat, kang manis xpsl dpt DM)


cara buat:

sonangnye je aih, mule2 ko masukkan telor2 tu pukul pakai mesin la kang gune tangan mau krem tangan ko lak. hahaa. sambil2 tu ko masukkan gule tu.. kasi kembang tau. agak puas ati kembang die, standby susu cair,air dan tepung castard yang da dikacau ngan air disisi. mudahkan ko campakkan kat dalam tu. masukkan essen vanilla dulu, kemudian susu diselang-selikan dengan tepung castard yang di kacau air tadi.haa air tadi jangan lupe masukkan. lepas setel tu ko letak tepi dulu ok..

lepas tu ko amek loyang, kenal idak ni loyang? haha.. ko masukkan gula pasir tadi layar jap atas dapo kasi hangus skit sambil tu ko lenggang la kasi sekata atas permukaan loyang tu. siap je, masukkan bahan yang ko da tolak tepi tu kat dalam loyang tersebut. sebelum tu lupe, readyla bekas kukusan tu ye sayang. ok pastu ape lagi, taruk dalam la kukus sampai 40min. sebelum angkat test dulula ngan lidi takot tak masak. tak melekat makne masak la tu.heuheue.. pasti ko tau kan..hahaha..

nah da siap pun azie caramel? ahaha! ok azey slamat mencuba dan bagila laki ko rase, mesti order lagi pastu. huehuehu. sodap time sejuk, ummpphh!:D

p/s: ni hasil dari aku buat. ko cepatla buat:D

Sunday, March 25, 2012

demam exam

assalamualaikum wbt, selamat petang

indah betul petang ni. sunyi je. macam kepala aku ni. kosong. aish..title aku demam exam, tapi aku lom lagi sampai tahap demam ok. heuheu. cume heavy head la, pasal menyumbat je keje dalam tempoh beberapa hari je tinggal nak stat exam. keje gila kan? aku rase bukan aku jela. sume orang mengalami simptom yang same. malas ke aku? mungkin, tapi malas bersebab haha alasan ade sokmo ork!meme~

yela balik keje penat, tau2 nak tido je. buku ni aku rase kalau roti da nampak berkulat pasal tak sentuh. hahaha.. bukan tak sentuh langsung tapi minimum je aku sentuh pasal sangat letih keje. tula masalah kalau teori pendek praktikal lame. tapi ape2 pun punca diri sendiri la, cuma aku takle nak study long-term. men short-term je dapat tapi hasil paham2 la kan? huhu.. im try..

arini aku tak keluar memana. nekad dihati nak bace buku, actually dari semalam aku ingat nak push to the limit. tapi entah camne betri aku ni sampai 12am je las aku decided nak golek jap pasal letih mate ngantok tak sangat. lagipun kawan aku ayu memang da bergolek. aku tak keruan la tengok kawan da golek. haha ayat tak le bla.. timing nak 30min je, skali layan sampai subuh aku tak sedar. astaghfirullah..aku tak sengaja memang babas abes..

dan episod tidoku bersambung pulak bawak ke hari ni. hahaha.. aku memang push nak bace, niat da murni tunggu nak laksanakan je. godaan syaitan yang sangat hebat tu menumpaskan lagi aku. kali ni bersambungan tempat lak. hahaha. sebelum zohor, aku bajet nak tido jap tunggu zohor. mase tu jam 12.30pm. skali aku layan mate sampai 2.30pm. bangun cepat2 tunaikan yang wajib, minta doa skali ni moga dapat study tanpa halangan.. mase tu ayu da stat enjin. nak tido. haha pasal mase aku tido die study.

lumrahnye kami camtu. die tido aku study, dan gitula sebaliknya. tapi die takde cam aku, focus. aku da cube tapi dugaan hebat sangat. hahaa.. las aku continue study kat meje . tapi tau ape jadi pada aku? abes je 2-3topik, aku mule stat menguap. gilak tadi baru je suda layan mate. haram betul. aku stat letak spek ke tepi, kepala da menyendeng da atas meje. las aku terpengsan la...sampai asar! hebat la aku study rini. huehueue.. tido banyak dari study..zzzzZZzzz..



kepala ni da tingtong sampai letak minyak cap kapak. penin tido terlebih. apepun tidak mematahkan semangat aku, study lagi. normal la kan sebab aku memang takle nak focus ngan tulisan je.. tapi sebab aku jadi baik sangat rini, laptop tak on. tu mate plak aku layan. heuheu..niway exam aku rabu-jumaat. aku wish luck pada diri aku sendiri dan juga teman2 yang akan menduduki midexam ni. buat terbaik ok..insyaAllah dan penting berdoa kepada ALLAH mohon dimudahkan. insyaAllah amin....:)


Thursday, March 22, 2012

mutiara kata

Assalamualaikum wbt





Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahwa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidupnya.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahwa kita masih hidup !

p/s:Jalani hidup dengan bijak, dan sikapi segala permasalahan yang dihadapi dengan kepala dingin dan hati yang tenang :)

Tuesday, March 20, 2012

back to school-HPV injection

assalamualaikum wbt

aku baru ade kesempatan untuk update entry (heheeh). malam ni aku bz menghafal dan melancarkan speech yang bakal aku buat esok. cuak! arap tak ketar dan berjalan dengan lancar (amin). ari ni aku ke sekolah menengah kebangsaan mantin, alah blakang klinik mantin je. jalan pun sampai (heuheuheu). tujuannya untuk beri suntikan HPV (HUMAN PAPILLOMA VIRUS)- penyebab utama cancer serviks atau orang2 kite panggil cancer pangkal rahim. aku nak citekan pengalaman aku disamping tu aku nak berkongsi sedikit maklumat tentang HPV ni yang ramai tidak tau tentang kepentingannya.

imunisasi ni akan diberikan pada umur 13 tahun (perempuan). untung mereka pasal zaman aku tade, nak skang bole tapi gov juz provide untuk budak skola. kite2 kene amek sendri la kat private. kalau tak silap aku 1 injection Rm200 sumtin kot. memang mahal la kan. ade 3 dose semuanya dan diberikan dalam mase 6 bulan..jadi tujuan beri injection ni nak cegah dapat cancer serviks la. angan2 aku semalam nak inject budak2 hanya mimpi.. skali sister cakap "kamu sume tak dibenarkan beri injection, bantu staffnurse kawal budak2 dan tolong mane patot" pehhh...aku kecewe (hahahaha). semalam aku da excited da.huehue..kami hanya sekadar pembantu..

alasan sister, takot kami salah inject padahal macam aku tak pernah inject di wad. terima dalam terpakse. bukan ape, aku nak improve skills je. tapi staffnurse kate nextweek kami bole buat untuk budak2 skola rendah. pelik budak2 bagi plak. hum tengok la cane nanti. pertama masuk ke skolah, aku teros rindu masa zaman skolahku. nak plak bunyi loceng krrriiinnngggg! rehat! aahaha..sampai sane kami ready buat persiapan atur barang2. kami punye part job tolong susun form budak2 ni ikut class. suda setel panggil by class..

ape yang aku perhati dengan budak2 ni, perbezaan yang ketara dari segi attitude dorang mengikut class. class arif, cantik baik je aku suh beratur pandai je ikut tak buat bising. class blakang, masuk je da macam pasar. maklomla budak2 ni baru naik menengah, perangai sah2 xmatured lagi. aku da bagi arahan 2-3kali pun bising gak. memang makan budak. ahaha. aku dulu cane la? aku slow time skola nerd hahahaah.. xle blaa.

then, dorang akan dipanggil 1 by 1 oleh doctor untuk cek last date period. sampaikan pasal pakwe ade ke tak lagi ditanya. risau kotnye ade buat pape yang menyebabkan tak datang period. maklom la paham2 budak zaman skang sume advanced. diantara mereka, memang da ade pakwe, dasat. pakwe pulak form 3. kalah aku yang da tahap makcik ni pun takde pakwe lagi skang. hahaha.. sebabnye soalan tu ditanya injection HPV ni tak boleh diberikan ketika hamil, selain tu ditanya juga pernah alami alahan yang teruk. ni sume penting bagi mengelakkan komplikasi lain berlaku.

mase nak inject, aku perhati macam2 mimik muke dorang ni. ade takot benor..ade yang rilek cool je..ade yang focus je tengok member tengah kene inject. hahaa. sambil2 aku cakapla pada yang penakot tu, rilek da la bukan sakit sangat. kalau takot, otot jadi kejang buat rasa sakit tu. yela da takde keje sangat aku ni, duk mengawal dorang. kami tolong staffnurse gak sediakan vaksin tu, sebab tiap kali nak inject, kene makesure bape bilangan yang nak dikeluarkan sebab vaksin cepat mati kalau terdedah lame pada suhu bilik, takde keberkesanan imunisasi diberikan. kami lepak kat skolah tu dari 8.30am sampai 1pm. bukan penat sangat, tapi lapo. hahaha. sengaje kami tak nak makan lagi mase rest tunggu lunch tros kt klinik. saving duit takdop mane ni. ahaha..

lepas setel kemas2 la tunggu van datang. skali yang mai ambulance. boleh tahan la driver tu bawak. asik aku nak terkedepan terkebelakang. bawak macam tak ingat dunie. brek je keje. ahha gile. nasib jarak dekat. kalau tak pening aku dibuatnya. bayangkan gak kalau time emergency tu, camne la oraang yang kat dalam tu, bergoyang abes. huehuehue..

ni antara gambar yang aku candid takot sister marah so diam2 je la amek. tak banyak dapat.

p/s: staffnurse nak sediakan spirit swab sambil diperhati arda

p/s: vaksin da ready

*tergendala aku nak upload pic asik failed. later upload la..zzZZzz...

ok kat bawah ni aku kongsi sedikit tentang faktor risiko @ penyebab cancer serviks boleh berlaku dimana ramai kite2 tak pernah nak amek tau dan tak sedar ape pentingnye kene tau. antaranya :
  1. memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda
  2. mempunyai pasangan seks yang ramai
  3. mengandung lebih dari 5 orang anak
  4. jangkitan kuman melalui hubungan seksual (contoh HPV terdekatla)
  5. kurang jagaan kebersihan pada anggota sulit
  6. merokok- boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya)
  7. kurang daya tahan melawan penyakit disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu
selesai bab tu, mesti nak tau tande2 yang boleh didapati yang menunjukkan individu itu mengalami cancer serviks kan. jika salah 1 tanda kat bawah ni ada pada korang, tolong jumpa doctor segera untuk pemeriksaan lanjut oke. antaranya:
  1. pendarahan yang luar biasa pada vagina( faraj) * bukan haid la dan berpanjangan, banyak
  2. pendarahan tu berlaku diantara haid.
  3. kehadiran darah beku
  4. rasa sakit di bahagian abdomen (perut)
  5. pendarahan dari vagina selepas melakukan hubungan seksual dan rasa sakit semasa melakukannya
  6. pendarahan berlaku selepas putus haid (menopause)
  7. keluar cecair yang luarbiasa dari vagina (berbau, bercampur darah)
tula serba sedikit info aku muatkan dalam entry pasal kalau nak full, panjang lagi la karangan aku. lagipun nak detail korang leh je search kat pakcik google tu..tunggu taip ngan click je kan. huhu..pesanan aku, mencegah lebih baik dari merawat *ayat KKM hahaha dan sayangi serviks kita *bagi kaum hawa je tau huuuhuuu..


selamat malam~

Monday, March 19, 2012

1st day di KK mantin

assalamualaikum wbt

arini ari pertama aku duty di KK (klinik kesihatan) mantin. sebenarnya ini kali ke 2 aku jejak kaki ke klinik ni. sebelum ni tahun 2004 aku masih lagi student di kolej legenda. tak sangke plak dulu aku datang sebagai pesakit luar, arni aku datang sebagai staffnurse(cett!pelatih je) duty kat situ. aha. banyak beze perubahan klinik tu sendiri banyak da renovate.

awal datang, jumpa dengan ketua staffnurse (bukan sister, ade pangkat aku lupe) panggil staffnurse azizah. 1st day, blurr la. kami ber 6. die bagi orientasi, macam keretapi. potpetpotpet..pusing2 masuk bilik tu dan ni..aku blurr. aahaha. ye ar banyak dokumentasi kalau da duk kat klinik ni. die ajar skali pintas pening. aku tengok member, member tengok aku. huehue..tapi nasib die peramah, kire bagi aku baikla takde masam muke.

staffnurse lain2 pun ok. mudah menjawab la kalau bertanya. cuma client yang datang tak ramai, jadi agak bosan la. bawah 20 orang kot kalau tak silap aku. motif kami dihantar ke klinik cam biasela nak penuhkan cross (praktik kemahiran). sem ni kami ade amek subjek community, tu pasal kami juga ditempatkan diklinik..cross takde susa pun pasal melibatkan ukuran antropometri (berat,tinggi,panjang,lilitan dada dan kepala) bayi dan kanak2. tapi yang susa bagi aku untuk pendidikan kesihatan. aih lemah aku. sebab kene beri depan audience aku memang cukup ketar bercakap ngan orang sebab kene bagi ceramah..

dah berdepan ngan orang, diperhati sister @ pengajar pastu kene marking lagi. risau aku. minggu ni standby je dorang akan stat bile2 mase je. tajuk ceramah yang kami boleh pilih tentang denggi, home injury, imunisasi, breast feeding dan antenatal care. pasal aku tak dan nak cop, terpakse amek imunisasi. hahaa..naseb la..

selain tu,kami kene buat home visit follow staffnurse melawat client ke rumah. kami jugak berpeluang untuk beri imunisasi pada budak skolah. mase ni la aku bole praktis improve skill inject. huhu.. besok ada ke sekolah, dan insyaAllah aku dan 2 rakan yang lain folo dulu. kami juga di ajar care yang betul tentang penyimpanan vaksin, penting sebab nak kekalkan potensi vaksin itu..kalau x, xde gune bagi imunisasi kalau vaksin tu sendiri da mati.

ape aku harapkan, moga aku dan rakan2 dipermudahkan sepanjang berada di klinik ni. sebab agak sukar bagi aku, bile berdepan dengan masyarakat khususnya terdiri daripada orang kampung yang selalu memerhati sikap kami ni. bile2 mase je boleh buat report kalau ade yang tak berkenan dihati tentang kami. kene ada senyum selalula.peramah..hhuehue..insyaALLAH amin2..

Saturday, March 17, 2012

teringat plak

assalamualaikum wbt

arini aku da pun berpindah semula ke hostel lame iaitu bekas kolej lamaku dalam kawasan hospital tuanku jaafar seremban. asrama sungai ujong. ingatkan aku dah tak pijak asrama ni lagi. tapi huehue.. becoz nextweek aku da mule duty di klinik area sini. lagipun 2 minggu lagi junior sem 1 & 2 akan stat duty di wad. so sem aku memang kene stay disini sampai abes sem. cam pelik kan? berpindah randah je tak teratur. kes driver tak cukup nak anto kami yang ramai dari kuala pilah ke seremban. naseb la..

aku baru je lepas mengemas bilik yang penuh ngan habuk ni. lega! setel. disebabkan aku lapa, skang aku melayan maggie ayam ^__^ , syok abes! arini last aku duty di wad 6A (medical perempuan). aku tertarik dengan sorang nenek @ tok ni. sebabnye bile pandang die mengingatkan arwah tok aku (al-fatihah). ramai tok2 kat wad tu. tapi sebab aku tertarik ngan tok sorang ni kes die asal terengganu. bile cakap, mak aih pekat betul. tu bile dengar die cakap, ingat arwah tok aku. siyes rindu.. yang bezenya tok aku bukan jenis merengek. yang tok ni plak manje betul. biase la kot sebab sakit kan.hehe.. anak nak ke depan jap pun die cakap " jangang la lame ngat...derah kek.." (jangan lama sangat, cepat skit).

usia pun tak jauh sangat, tua 3tahun kalau aku tak silap tok aku dari tok yang ni. kebetulan plak die duk sebelah kampung aku je. lagi la klakar. orang kampung rupanya. rasenye kalau tanye dia kenal kot arwah tok aku. orang lame kan. tapi die pun macam tak bape ok sangat. arini plak memang free sangat kat wad. nek ngantok aku. da bosan sangat sajela aku p dekat ngan tok tu. saje nak dengar die borak. memang sengsara aku kat wad rini. folo doktor dengar masalah patient pun aku tak le focus. bapak ngantok. macam nak p hantuk kat dinding je kepala.bagi mata segar. selamatla shift da abes.

ni da takde ape2 keje, aku memang nak tido la jap dapat 30min pun jadi. da nak asar gak pun. saje update blog sat. hum.. rindu kat mereka (acik, tok & along). moga mereka tenang disana. al-fatihah.. amin..

Friday, March 16, 2012

sesak

assalamualaikum wbt

malam yang sunyi. patot pun da tengah malam. huehue..terkadang apa yang kita nak tak semestinya tertunai. tapi kalau perkara tu slalu ada difikiran tanpa diundang, bawak masalah gak. betul? aku pun tak pasti, kenapa hati aku degil memikirkan sesuatu yang tak pasti @ tak mungkin aku dapat. tapi setiap hari pasti terpikir. agak sesak. tapi aku hati aku senang bile terpikirkan hal tu.


aku cuba untuk membuang hal tu dalam kepalaku. tapi selalu plak die berlegar2 kadang bawak ke mimpi. dan kadang2 perkara yang kita tak jangka, tapi ianya slalu je rapat ngan kite. walaupun kite da cube menolak. 1 ujian @ petanda? aku pun confius. menerima perkara yang tidak dijangka dengan baik dan melupakan perkara yang belum pasti aku dapat @ sebaliknya.

life is unpredictable..

Thursday, March 15, 2012

sekian lame

assalamualaikum wbt

sekian lame aku da tak on blog. baru arini aku rase nk on balik. delete on delete on. tade keje.. coz nengok blog bff aku.. last aktif jela. saje isi mase lapang. saje nak merepek. release skit. hiahia..tade ape nak cite untuk arini. ^__^


sekian =)