Tuesday, November 22, 2011

aih lesen2..

assalamualaikum wbt

ape aku nak share ni pasal semalam. aku ade amek test lesen kete, test jpj oke. aku memang tak bape yakin tapi nerves tu under control lagi. pasal ape? clas slalu xckup hours coz pakcik amek student berderet bawah die. jadi limit untuk timing aku blajar. nak xnak aku kene buat gak pasal date da book. aku ber 4, aku+ayu+mimi+may. kami datang awal. sampai sane rase kul 7 lebih. dapat la kami layan 2 round sorang testing sebelum setat test tu. huhu..

mase orang 1st round stat tu aku da rase cuak. bahagian 2 dulu dalam litar. pasal aku tengok ramai kandas kat bukit. ahaha.. aku slalu bukit half2 la dapat ke xbuatnye. slalu ok jela. yang aku worry kat parking. siyees slalu suke aje aku pijak line tu. entah pulak nape. huhu..setting xpandai besela orang baru belajar..

nak ilangkan rase cuak aku, layan tea ais pagi2. aha. kawan aku 3lagi xlalu nak telan air pasal cuak. aku xde.. tu je care nak ilang. ahaha. dalam 4 orang, aku la yang 1st. bile turn no aku je kene panggil, pegi la amek kete yang diarahkan. gigil gak kepala lutut aku. tapi nasib abang polis kat bukit tu muka xbengis. ensem ada aaha.. xgatal ey aku puji mane perlu je. hehe. jadi part bukit aku lepasla. lega sebeban.

time part 2, parking abang polis muka bengis la plak. aku tunggu turn nak masuk petak 1 @ 3. ready tunggu arahan je la. tup dapat petak 1. aku slalu men petak 3. bagi orang pandai okela kan. aku yang slow ni rase agak bole xbole jela. da parking kete ni kat betul2 setentang penanda sebelah petak parking. aku pulak buat sengal. aku ingat da bole masuk petak pasal abang yang duk jage kat situ gtau "K MASUK" aku assume da bole masuk petak. separuh da ni masuk, abang polis tu jerit "SAPE SUH MASUK?" aku terkedu.ahahahaa. menjawab lagi plak abang jage tu suh. naseb la aku kan. hahaha..

dia argue ngan aku, sape yang jage test? aku pun cakap encik la. hiahia memang aku cuak tengok muke die 1 hal, pastu ketar dapat buat ke x. kua balik la aku ni dari petak parking tu. tula xmendengar arahan. hahaa.. slebek gile aku time tu. las turn aku, nasib lepas. jenuh aku bace doa arap die xnampak salah aku. lagi 1 beban kat 3 penjuru je yang tinggal.

part ni la betul2 buat aku terkecewa. pasal slalu time training aku jarang failed buat. so bile da yakin sangat tu masalah gak kan? abang polis yang ni ok. tapi oleh kerana keyakinan tahap meninggi, aku tercepat pusing stereng sebelum di penanda tu. padahal saje da dorang letak penanda tu untuk mudahkan kami. tapi aku ter. ape nak buat? da senget la kete aku blah kiri tu lebih dari kanan. jadi bile aku nak reverse ofcoz tayar kanan kene tebing petak tu. teros kene kua dari kete sign part tu gagal merangkap kandas. aku rase sakit ati sebab tinggal part las aku kantoi. nasib la. melayang duit no hal, bole cari. aku ni xde mase..

jadi aku kene lagi bawak body ke skola mandu tu untuk test lagi. kes2.. tros aku down bahagian 3 lom lagi ni. antara kami, aku dan may trime naseb same cuma dia kandas kat parking. ade gak geng nak kene repeat.appy gak. bole ke camtu? ahahaa.. atleast bukan aku sorang. ahaa.. alhamdulillah part jalan raya kami semua lepas. tapi aku ade gak bawak kete tu mati enjin. heran aku camne leh mati tengah bawak padahal xde buat ape pun. maybe abang polis tu bagi markah aku kesian kot? entah aha tapi so far aku bawak kat jalan tu xde masalah cuma aku kurang mahir nak tukar gear selari ngan kelajuan.huhu..


ngan ayu hehe



ngan mimi:)


ni la mey :D


selesai je sume, sementara aku tunggu kawan2 yang mane xsiap lagi aku sebat la nasi. lapo den. aku lepak kat skola mandu sampai 3x aku order air, 2x order nasi. aha perut bele jin kot. tapi nasi tu balik 1 bungkus la sampai kolej aku makan lagi. memang penat aku sampai kolej 4 lebih. lalok tros balik setel hal diri aku pengsan. ahahaa..

aku nak gak amk "P" sebelum balik cuti sem. insyaAllah 30hb @ 2hb aku test balik. harap lulus. xsabar aku nak nek kete drive ma aku duk sebelah. huhuuu.. ape aku blajar dari kegagalan aku ni, jangan yakin terlampau sangat. sebab ofcoz bile yakin sangat ego kite mulela ada kan. jadi tula buat aku kandas. yang kite xyakin cantik pulak lepas. jadi bersederhana la kite dalam apa2 pun. huhu..


ni la bukti aku gagal. aha!

blah malam pulak aku menyusun note yang agak barai pasal exam ritu aku study men campak2 je mane sempat sebab kes pulun las minit. jadinye rini aku nak bukukan note cantik2. huhu..


da cam sampah melambak aku susun balik ikut susunan. note aku da susun kemas tapi xfolo tajuk ikut list tu aku baraikan sume..huhu

Sunday, November 20, 2011

Cam tutor lak

Assalamualaikum wbt

Munin huhu..semalam aku nak update tapi pengsan sampai pagi. Aha.aku juz nak share pengalaman aku di wad jadinye semalam. Aku jadi tutor bidan terjun ahaha.. Citenye camni...

Aku ngah bz lenggang time tu pasal keje da abes buat..sorang stuffnurse ni mintak tolong aku observe doktor pelatih student IMU ni nak buat dressing merangkap cuci luke la huhu. aku ngan cepat cakap bole2 aha. Da bagi mandat kene la buat betul2. Aku bajet juz tengok jela dorang buat pasal dorang pun doktor pelatih, aku assume ofcoz dorang pandai kan..

2orang k, time nak prepare troli...tengok dorang blur xtau. Ak pun xpela tolongla..ape lagi pas suda je aku stat bagi arahan. Ahaha. Suh salah sorang p cuci tangan secara hygine. Maksudnye cuci ikut 7langkah. Prosedur ni sterile(sebersihnye) coz bakteria mudah nak melekat kalau luka da diexpose. Aku pun nyet2 sorong troli ke katil patient..

Kawan sorang ni baru siap cuci,aku nek heran asal tangan die xbasah.tanye rupenye die da kesat ngan tisu kat sink situ. Aiyok mane leh da xbersih.. Aku ape lagi, mintak suh cuci lagi. Ahahahah. Ngeluh die pasal sinki tu jauh. Ikut arahan gak. Huhu. Sepanjang prosedur memang aku leh cakap dorang xtau buat. Pegang disecting forceP pun xtau. Teknik cuci pun salah. Jadi aku la yang mengajor dorang sampai abes. Dapat la aku merasa jadi tutor yang tak bertuliah semalam. Ahaha. Perasaan ak dikala mengajo bes(xle bla) Pasal aku yang study baru 1tahun setengah mengajar bakal doktor study tahun ke 4 da..

Aku Pun pelik patOt dorang mahir da bab dressing ni. Aku sonok gak walaupun dapat membetulkan mane yang salah dorang. Dorang ucap thanks, aku jawab sama2 hehe. Tula pengalaman aku semalam bagi aku besla sebab buat pertama kali kat dalam wad aku beri arahan orang folo. X ke bes tu? Heuheu...

Saturday, November 19, 2011

permainan untuk direnungi

assalamualaikum wbt

sebenarnya aku copy dari emel yang kawan sent. so aku nak share la kat sini. bacala untuk renungan kita:)

Ceritanya bermula begini,Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka"Pemadam!" Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam,maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang Beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah,Sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya.Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Iatidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak beraniterang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka."Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib,Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentakterang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan masing-masing di kepalanya berfikir tentang permainan dan nasihat yang guru berikan..


Friday, November 18, 2011

terrible day

assalamualaikum wbt

da macam makin aktif aku update entry skang.. aha. slese kot aku share kat sini je ape jadi dalam hidup aku. hurm arini aku rase perit betul. maybe bagi orang lain xkot?entah. actually aku duty pagi. pagi memang kepala da berat sebab ade kes la kat kolej aku, kami ade assembly dan buatkan aku xde mud nak g keje. tapi aku xnak focus sal cite tu. tapi psal lepas je aku abes duty kul 2 pm.aku ngan 2 lagi kawan aku plan nak amek cross yang hanya tinggal 1 je gedek2 ni..cross ni sebenarnya tatacara merangkap prosedur yang ada dalam wad. setiap sem memang ada prosedur memasing, kalau xsetel memang xle nak amek exam, xle balik cuti. tapi memandangkan prosedur yang tinggal ni optional, excuse la.

aku bengkak ngan LP (local receptor) sorang ni, aku xnak mention la dari wad mane nama apa. sebab xpenting pun sape die. kebetulan nextweek memang aku keje kat wad tu. jadi rini wajib kami lapor diri sebelum masuk wad. jadi ade 2sebab la aku masuk wad tu. sebelum ni aku memang da kene ngan dia. kawan aku tolong inform untuk aku dan kawan2 lain buat appointment untuk cross. tapi bile time datang, bole pulak cakap xde pun kawan yang gitau. xkan la kawan aku nak menipu kot. sengaja xnak layan kami la tu..

kali ni aku terpaksa cube nasib lagi tanpa buat appointment. lagipun hanya 1 je tinggal, dan aku tak rase mende tu susa sangat die nak sign, coz prosedur assist doctor je pun. buku da nak kene ada atas meja pengajar isnin ni. jadi sahlah isnin tu aku xle nak amek cross da. dengan cubaan slamber mintak tapi time tu 2 lebih memang time die rest, tapi apela sangatnye nak berkire kan? coz jap je pun. datang 1st, dia kat pantry ngah makan. hold. xlame g lagi, tapi dia baru je nak letak kepala. layan mata la tu.. tapi memandangkan dia baru je nak melayan mate aku interrupt la..hahaa..

die suh mintak ngan sister. padahal die melenggang je. aku puas cakap 1 je lagi. kami da ade bukti da yang kami assist doctor, cop siap tu. tapi xde hasil. tapi memandangkan kite ni student, folo je la. dalam ati ni bengkak. sister masuk 245 pm, mencanak la tunggu..las nye bile sampai masa sister pun cakap xle nak sign pasal die baru 1bulan duty kat situ. tapi xde salahnye pun sebab hanya sister ngan LP je bole sign. kami da gitau da reason nak anto this week, 1je lagi tinggal. da ade bukti, tapi napela dorang ni xde perasaan sensitif pasal kami ni. bukan sengaja aku mintak lewat tu, da mintak dulu xdapat. so ni las choice harapnye dikesiankanlah kami.

sister pulak suh kami mintak ngan LP, da jadi macam pengemis jalanan da aku rini hanya pasal cross yang bertuah 1 je tu.. naseb la kan. time tu aku bole lagi menahan rase. kami lepak la jap ngan sister pasal report duty. beban menunggu pasal orientasi gile lame sampai kul 4 lebih baru abes. memang da sakit kaki aku berdiri. padahal kami pun da pernah masuk wad tu. bagi yang mane perlu sudahla. ni diulang dari 0 sampai abes..

abes je orientasi, kami g balik ngadap muke ngan LP try mintak lagi dan beritahu sebab kami mintak ngan dia balik. ape jawapan? "saya xnak sign minggu ni, minggu depanla" perhh memang aku mase tu tengok dia kecik2 je. dari kul 2 pm mengemis mintak, sampai da 4 lebih, ngan zohor aku melepas. da gitau banyak kali tu nak submit this week, dia sengaja nak bagi nextweek. memang kes sengaja xnak kasi la tu kan. baik xya jadi LP kalau berkira nak bagi. macam dia xpernah jadi student je. siyes aku rase perit sangat selama ni aku kat sini, ni la paling perit aku nak dapat cross. sampai aku tahan marah aku ni, keluar air mate aku ni. bukan sedih, tapi marah yang xle nak hambur kat die sebab aku waras lagi xkan aku nak maki dia pulak. dia tu sape aku ni sape. dengan xde cakap ape kami blah..

aku menyumpah sampai da xtau bape kali. abes aku pun sabar2 gak, tapi dia betul beri tekanan kat aku. memang kami kene amek di wad dia, pasal cross under medical. kalau wad lain, xvalid sebab prosedur tu xde kat wad lain. lastly kami dapat gak sign dari sister dari wad surgical. memang ramai budak aku mintak dari wad tu, same cross ngan aku. dorang pun trime naseb yang same macam kami rini. camni ke sikap dorang. bile nak mintak time kat wad, alasan sebab bz. bila da mintak ari lain, bz. bila da cakap buat appointment, cakap xde. xramai pun LP perangai cam dia. wad lain ok xde masalah. baik xya jadi LP senang kalau xnak kene kacau ngan student pasal cross.

aku sangat berterima kasih pada sister tu, dan mungkin ni rahmat ALLAH sebab aku pernah tolong sister ni taip document mase aku duty malam. dia mungkin da lupa aku. tapi ALLAH lembutkan ati dia nak turunkan sign tu. siyes aku rase perasaan bila da dapat sign tu seolah dapat result cemerlang. hahaha ilang sengsara aku. ending kesengsaraan aku rini aku happy. thx to ALLAH. selesai cross, ade lagi keje yang perlu dibuat sebelum kami start bercuti.. cepat2 la mase bergerak. huhu...

Thursday, November 17, 2011

aku jadi cuter hair

assalamualaikum wbt

ari ni aku nak share 1hal. em aku happy keje rini. bkn sekadar rini la, dalam minggu ni. asalnye aku rase muak sebab da abes final pun nak kene masuk wad. pale baru nak lepas beban, tapi sampai end sem kene keje. jadi minggu ni aku duty di wad surgical perempuan 8B. agakla ramai patient. sampai rini 1st ever tambah side bed, kami p sorong katil dari wad 8A (kanak2) sebelah sampai 4katil. hebat. dan arini aku jadi cuter hair. klakar je bunyi kan? aku mane de skil pun bab motong ni. men bedal aku tau la. tapi time tu, staffnurse sorang ni mintak tolong aku syampoo auntie cine ni..aku lupe lak sal name dia..

sebenarnye auntie ni kepala dia berjahit. jadi rambut die memang da botak belah kiri coz tempat berjahit tu. lintang 3 jahitan panjang kat kepala dia. da ala gangster lak huhu. aku asalnye ingat dia ni MVA(motorvehichle accident). aku tengok auntie ni pun kesian. sapela yang botakkan kepala dia sampai xabes pasal terjuntai je rambut tu yang patot clearkan la..time tu anak auntie xde. aku jumpa anak dia kat lua mintak syampoo, then dia la mintak aku kerjakan(botakkan) kepala mak dia pasal takot kutu, tengok pun rimas terjuntai je.

aku tanye banyak kali betul ke nak botakkan, sebab auntie. dia xkesah, mak dia pun nak. aahah dorang bagi lesen kat aku tu.. dengan murah ati(xle bla) aku pun cakap "OK". tapi aku banyak kali ulang aku memang xde skil potong tapi sebab nak botak aku xde hal bole tolong buat. die on, aku sorong jela auntie ngan wealchair ke bilik air. tapi xde shaver plak, blasah pakai gunting. auntie ni xbape reti BM. aku bosan sebab senyap je aku ajak gak borak ngan die sambil buat keje aku botakkan die.ahaha..

awal2 auntie merungut cam susala nak cakap, xpaham la. aku bagi ayat mudah lagi bagi die paham. las die pulak xbenti cakap cite sal die bila aku tanye tu ni.. sonok pasal dengar pelat die. aku sempat gak tanye pasal bahase2 cine die ni bape jenis. aku de tanye sal word "aku suka awak" dalam kantonis tapi aku da lupe la.. susa nak sebut pastu skali cakap je.hahaha. dan sebenarnya kepala dia kene parang ngan adik ipar lepas je balik dari pasar. dasat kan? seram aku dengar. nasib auntie tu ok normal xde cacat kes kene tetak. otak tu bahaye tu.

borak da abes, keje aku pun da beres. suda je aku snap pic dia dari blakang pastu bagi dia tengok. korang tau x, maklomla pakai gunting. sahla xcomel sangat pasal potong rapat. da macam leopard huhu.. tapi aku memang da maklom k.. dia cakap no hal. pastu bila dia da tengok, terkejut sal da agak botak rambut die. abes cakap tadi nak botak aku bedal je la.. dia ingat aku potong rapat ade la skit2 rambut. aku taram abes. hhahaa..

tapi nasibla auntie tu ok, dia cakap da ala sami budha da. gelak kuka aku xtahan dengar. aku nak bagi dia rase confident dengan kepala gaya baru tu, aku cakap " stylo ape auntie xde rambut, xde nampak cam alien pn" ahhaha.. auntie tu gelak pastu senyum. xde tande2 nak mara aku, thanks kat aku lagi pasal tolong potong. lagipun auntie ni nanti bila discaj ke salon la kasi ejas bekas aku potong tu. ni buat sementara je.tapi las tu anak dia datang, aku mintak belikan shaver pasal nak kemaskan yang mane xok. selesai je aku tolong sental kepala dia yang de kesan darah beku melekat then mandi. ngan aku lencun basah pasal mandikan dia. tu la pengalaman aku rini. aku xle la nak share pic rambut dia da kene taram dek aku tu, jage imej die gak ahaha..

aku puas ati sebab dia, anak dia happy aku tolong dorang. aku pun happy untuk dorang. moga auntie cepat sembuh!~

Monday, November 14, 2011

sekian lame xlepak d KL

assalamualaikum wbt

hari ni aku lega sangat. pasal last paper. alhamdulillah lega. result xtau cite lagi. hopefully ok, cuak aku xnak hold cuti sem da xsabar nak balik kampung ni. lepas je paper kul 10am tadi, aku terus rush nak ke KL. hehe mentang exam abes tros aku kua kan. bukan saje2, aku nak ke uma pak sedara amek barang arwah alongku. tapi dalam mase yang same aku nak jumpa gak ngan shah, adik angkat arwah adik aku. kami masih aktif berkawan even jarang jumpa. yela da macam adik aku. kami pernah lepak sama2 ngan arwah adik dulu mase aku keje kat KL, jadi memang aku da rapat ngan dia.

shah offer nak temankan aku sampai ke uma pak ude, kat bukit antarabangsa. bagai pucuk dicita ulam mendatang ewah..ofcoz aku accept sebab aku sorang je nak menapak kesana. huhu..plan da sebelum ni. nek moto tapi xjadi coz faktor cuace agak xmengizinkan. disebabkan kul 4pm pak ude baru balik keje, kami melepakkan diri dulu kat mid velly, aku teringat pulak tempat tula dulu slalu aku lepak ngan arwah adik. siyes aku rase terbayang aku duk gelak ngan dia, round2 kedai bukan membeli pun bajet je lebih aha, layan muvi ade skali sampai 2x berturut. tapi skang sepi. aku xrase sonok da lepak ctu. aku bukan menidakkan shah memang buat aku happy, kami borak panjang cite sal ape je yang terpikir.. tapi kenangan ngan arwah adik buat rasa rindu. lain benar rase bila xde dia,slalu dia paling kuat gelak.

ape2pun shah memang xbenti story buat aku lalai dan dengar die cite..thx..dan bes pulak tadi aku lepak kat wonderpet. lame gile kot xlepak ctu. layan la aku jap kat ctu ngan kucing2 sume waktu tu tido, kenyang kot.aha. burung, ikan. aku sonok tengok buruk nuri kot, aha bute bab2 burung. tapi owner die cakap burung die tu memang garang ngan orang xkenal kalau da gigit memang xlepas punye. memang garang pun. berlagak betul burung tu. skit xbagi orang pegang die, asik nak mencatuk je. ahaha..

aku sebenarnye deal gak ngan awek arwah along,kire da jadi xgf la kan sebab da xde..em lynda. tapi las xdapat gak jumpa atas faktor die kot, aku xsure nape. time aku nak ke uma pak ude, kami amk lrt ke jelatek, then amk cab ke sane. aku lupa tempat baru skali p malam pulak, mane nak cam jalan. pakcik tu pun xtau mane arah kami sebenar. ahaha.. las dapat gak jumpa cos call pak ude aku sindri. tapi yang lawak dalam perjalanan kami, pakcik ni bercerite uma siti norhaliza kat area tu. aku xpenah tau. so excited gak nak kenal, las pakcik tu tunjuk kami lalu depan uma die. memang besar la..aha.. aku yang kagum jap ni siap mintak pakcik slowkan skit aku nak snap pic. ahaha gelak pakcik tu sambil ikut arahan aku. memang sporting pakcik ni.. hahaa... so ni la uma siti, yang kaler kuning tu. tapi xbape clear snap tengah kete jalan.



tapi yang dapat xbape nak jelas pasal sebok ngan pokok kat uma die tu merimbun. lastly sampai kami, cuma aku xsempat jumpa pak ude sendiri coz die lom sampai tapi jumpa ngan auntie nor je (bini diela) h0h0.. selesai sudah. jam pun da lewat aku memang rush sebab takot xsempat sampai awal kat seremban. thx shah teman angah rini, enjoy with u..sanggup teman aku even die dalam final exam. hehe thx! gud luck ok!





ni sempat aku snap pakcik ni tapi sekadar belakang je nampak..huhu..ramah dan baik:)



Sunday, November 13, 2011

dont judge people by discover

assalamualaikum wbt

aku nak update dari semalam pasal ni tapi xdapat coz pagi ni aku paper 8am. ni baru je abes. alhamdulillah overall soalan dapat la buat. aku exam sal obstetric paper. hopefully ok la. sebenarnya aku nak cite pasal aku kenal sorang ni. jus new friend. aku bukan nak promot @ minat pada mamat ni. xde. aku cuma share ape aku nampak bila aku berkawan ngan dia. bukan sebelum ni aku anggap orang ni jahat dari luaran. nope. aku kenal die baru aku tau hati orang tu even sekeras batu, dalam ada sifat baiknya.

aku xnak mention name dia, guy. pandai.hensem. tapi bukan sebab tu aku berkawan, mention pasal xkan nak letak pic dia. sekadar gambaran. sebaya aku. yang menjadikan aku kenal dia sebab dia ada lam list friend yM aku yang da berkurun abad. dan die tertego aku cos buat msg broadcast. budak x-kolej aku dulu. tapi entah aku xtau camne tersesat ada pulak id dia, xpenah aku chat slame ni. korek2 rupenye budak kolej dulu. dia sorang yang agak ganas, dan aku tabek pada dia sebab cite kisah silam dia yang banyak tersilap. aku leh cakap dia agak brutal la. kesalahan dia tu, aku xdapat story cos da berjanji dan jaga aib orang.aku mendengar dan cuba tego mana yang patot hanya sebagai saudara islam.

cuma kat sini aku nak gitau even orang tu dari segi luaran kite nampak jahat betul dia. tapi ada sifat baiknya tapi xguna sepenuhnya.walaupun dia mungkin tersasar, itupun sebab life background salah 1 penyebab tapi dia masih ada sifat lembut ati, caring kat family. setia pada kawan2. yang aku xtahan dia sangat sayang kucing sampai ada 1 kes die makan kat kedai gurl tu marah kucing tu duk bergesel kat kaki, dia slumber mara bukan pakai mulut, tapi baling gelas je kat that gurl. aku xtahan gelak. memang excited dia bercite pasal kucing, tu aku petik je salah 1 story.

kirenye nilai murni dia ada lagi. walaupun dia agak brutal, tapi masih boleh trime teguran aku, mendengar walau xde buat lagi, ade niat ingin berubah dan proses. ok la tu asalkan kesedaran tu timbul tunggu nak buat je. insyaAllah harap ALLAH berikan dia jalan. aku senang berkawan ngan dia sebab nampak dia jujur, nampak dia cuba mencari diri dia. tapi perlu orang yang betul tunjukkan.

bagi aku, baik ke jahat ke orang tu takde masalah untuk berkawan selagi kite xikut apa yang xbetul, ikut yang betul. jahat erti kata tersilap je. manusia ni kan lemah. dalam masa yang sama tarik dia ke arah yang lebih baik. xsalah berkawan dengan ape patern kawan kite tu asalkan tau mana baik dan buruk. dalam masa yang sama dapat mematangkan diri kite dengan pengalaman hidup kawan kite tu. aku pun masih dalam proses memperbetulkan diri ni, yang banyak khilafnya. ape aku harap dan doa semoga dia kembali pada jalan yang betul..wahai sahabat..insyaAllah amin..

Wednesday, November 9, 2011

tido kene kaco jee..

assalamualaikum wbt

aku melepak2 atas katil. tengah frust, ingat blog saje aku update entry pasal frust aku rini. actually aku 1st day and just 1paper/day. lagi 4 paper, tapi aku rase da tak sabar nak abeskan. bukan pe, rase da xsabar nak cuti duk melepak kat uma @kampung. aku bajet abes je paper, balik bilik aku nak tido jap nak rehatkan minda ni pasal duk perah otak kat dewan peksa tadi. tapi pejam2 gitu je lelap pun x. penyebab laptop aku buat gile. hang hong sane sini..sedey. agak nak pasang la lagu tu bagi terapi skit untuk dodoi tido, tapi buat aku panas lak. teros xle nak tido. tapi malas nak layan panas aku tu, aku serender teros dengan baik buat2 tido. huh..!

tapi ajaib mate aku mau pulak lelap dalam xbape minit, tapi lagi 1 pengacau datang tetibe jee. calling ingatkan sape, dari public bank! aku ingat sape pasal private call, angkat ingat de pape. skali nak promot lak insuran die. bengkak aku pasal kacau tido yang baru je nak setat. dengan sopan aku jawab xminat, die nak lagi gitau benefit insuran tu bla..bla..bla..xsempat aku potong sory lew saye tengah tidow..!baru tau senyap, pastu letak.

petang2 pun sebok nak jual insuran. xpikir orang balik2 penat. pening aku. xdela hot sangat kat die, bengang tido xmemuaskan je. da pastu mate aku kelip2 tunggu nak tido balik. skali aku teringat pulak kat arwah tok, adik ngan along. layan jiwa la jap meleleh air mate aku ni.teringat kenangan2 ngan dorang. siyes rindu! al-fatihah...da lepas tu call lagi menyusul, bz la plak. puan mintak jumpa kat ofis. nasibla...tido aku da kene kacau tros xle nak tido..

kesimpulannye, petang ni xdapek aku tido, malam ni camne rupe nak study paper sok mate aku penat xcukup rehat..naseb mate..

Monday, November 7, 2011

silent is better

assalamualaikum wbt , slamat malam

ape kene mengena ngan title aku tu ye?sebenarnye aku terkilan. ni bukan kes pakwe pasal aku mane de pakwe.haha.skang aku nak kaitkan title tu ngan diri aku.ati aku sedih. asal cepat orang ni berubah? aku sekadar nak menolong untuk leraikan mane yang kusut coz 2-2 aku kenal dan umo adik2 aku je.tapi sampai aku skali yang kene, cam xpatot la kan?

awal tanye aku ni tu..bila aku tego mane yang patot, ngan aku skali die da xnak tego. elok perangai. aku tego macam biase, ajak bila timing nak makan. jawab nak tak nak. aku cool lagi. pikir budak2 kot. tapi sampai bila aku datang bilik bagi salam xjawab, mybe dalam ati tapi muke aku tengok xbape tengok. ati aku yang besar2 ni jadi sekecik2nye.trase.

aku ingat tego aku tu dia amek yang baik, buang yang xbaik. tapi silap plak. aku pun ade hati. name pun manusia. kire aku ok lagi, cakap lagi. tapi bile ati da tukar jadi kecik ni, paham jela. aku sms gitau ati aku trase sikap die, sebab rase care tu terbaik. tapi yang aku dapat, sebab die camtu coz aku hanya nampak salah die, salah sorang lagi xnampak. aku da dengar 2-2. mane yang patot aku tego je aku tego, xsebelah sape2. ngan care tu aku harap die leh ubah dan perbaiki hubungan yang kusut tu. tapi ape aku buat lagi menambahkan kusut, xpasal aku pulak die buat hal yang sama.

aku malas nak cakap panjang, aku nyatekan pikir sendri sebab da besar. dapat lagi sms dia, aku diam. dan lagi. sebab sms tu die cakap aku xadil. perlu ke sampai layan aku camtu pulak?aku da dengar 2-2 pihak, sebab tu aku tego mane yang patot je, nyebab punce masalah. aku da xnak balas sebab lagi aku cakap, lagi panjang lebar pulak melalut masalah. dari kecik masalah jadi besar. baik aku diam.

susa kan? dari niat aku baik nak tolong, jadi masalah lagi. aku takde spesifik ape masalah sebenarnya sebab aku taknak cite jalan sebenar kat sini. cukup sekadar hati aku ni trase aku luah, aku lega. even aku da anggap dia macam adik sendiri, ape slame ni aku buat untuk die xnampak ke aku amek berat sal die..tapi hanya kes tu, bole xnak tego aku cam biase. aku mudah je, orang tego aku balas walau ati aku trase. xtego, xkesah. sebab aku tau bukan salah aku. aku da nyate terang2, da kat situ gak die nak pikir, ikutla.

aku suda banyak kali menjaga ati orang, sampai ati aku sendri xjage sebab pikirkan ati orang.

salam aidiladha

assalamualaikum wbt

baru je lepas, aku baru nak update..tahun ni raya aidiladha xdapat cuti.sedih xdapat raya sama ngan ma & sedih+++ xsempat ucap raya pada along..tapi syukur aku tetap dapat raya walaupun bukan ngan family sendiri.tapi ngan family angkat di tampin. dorang sehabis baik melayan aku, buat aku lupe kesedihan sampai aku ketawa je ngan dorang.

tapi kali ni sume family dia ada mak abah,faliq,angah,adik termasukla abang amir yang tak pernah aku jumpa sejak aku kenal family ni. aku tak sangka meriah gak beraya kat sana. yang bes lembu korban sampai 4 ekor. cuma sayangnya aku tak dapat skali tengok orang semelih lembu2 tu sebab aku folo mak g raya jap uma kawan dia. tapi balik tu, sume orang da kumpul kat surau gotong royong nak masak kawah. sebab malamnye akan buat tahlil. aku ape lagi, join sekaki la menolong.

siyes bes.sume yang buat keje2 orang tua2.yang aku leh nampak budak muda pun bape kerat je.aku bukan nak puji family angkat aku, tapi memang anak2 dia sume turun buat keje tak benti.bagus tula sepatotnye orang muda sama2 buat keje tolong golongan tua ni. tapi yang aku tengok ramai yang muda tenggek2 lalu pastu minum air, blah.syok betol kan..

aku ni kaku gak sebab sume tu aku xkenal dan sume orang tanye sal aku anak siapa. heh segan. mak la yang intro aku ni sape. sepanjang kat sane, aku diam je buat keje aku je. motong daging sampai krem tangan. gile banyak tapi yang tolong potong xramai. disebabkan pisau tajam sangat sampai aku terpotong kuku.haha.naseb kuku bukan daging aku. kalu x mau berdarah..!aku lenguh gak nak stop, tapi tengok xbape kerat yang buat aku buatla nonstop sampai abes.xsalah buat pahale lebih skit.aku pun bukan kategori rajin pun,skit2 tolong je.aha

dorang masak sup daging,gulai lemak kuning, masak kicap..sume daging je..nama pun korban daging lombu.huh.da abes sume keje2 mane yang patot , time makan la aku tunggu sebenarnye..lapa seh. sume da ready da, faliq ajak makan.aku memang xtunggu lame la, teros cari pinggan cedok nasik lepak same makan.memang ummpph la sup daging!:p tapi perut aku xsebesar selere aku..jadi makan tu xde banyak sangat, nak sumbat xmampu sebab da kenyang.sayang betol..

aku sempat ngan dorang time tu je,malam xsempat sebab aku rush nak balik kolej da. kalau x,leh join skali lagi makan.hehe..tapi dapat gak aku rase lemang family bakar sendiri, rendang..aku sampai suma da siap.aku enjoy raya tahun ni dan syukur masih dipanjangkan umur dapat meraikan raya aidiladha..aku xsempat nak snap pic pasal tangan kotor.xdapat nak sharela.

kat bawah ni sebenarnya selingan je. aku jumpa budak ni time aku kat kedai sebelum faliq datang amek aku.anak orang kedai tu. name die shah.comel tang mate tu,asli betul.huh! besar mesti esem dak ni..tu aku snap pic die..haha.sebelum gerak sempat dia pesan aku"ati2 kak jalan" dalam nada pelat skit.nice! aku sengih pastu say bye2..


al-fatihah buat arwah alongku tersayang

assalamualaikum wbt

baru hari ni aku berkesempatan untuk update entry..disebabkan emosi aku xstabil..betapa berat bagi aku ujian ALLAH beri pada aku..bertimpa2 insan yang aku sayang pergi meninggalkan aku buat selamanya..3 hb nov 2011, tarikh yang tidak dapat aku lupa sampai bila2..along,1nye adik beradik yang aku ada selepas pemergian arwah adikku setahun lepas..juga telah kembali ke rahmatullah..

aku hilang mereka dalam masa terdekat..adik..tok..along..ya ALLAH..hebat dugaan-Mu..ak redha along pergi..ALLAh lebih sayang dia..tapi selama ni aku xberpeluang untuk bersama along,jarak dan keadaan yang terikat dengan hal masing2 membataskan kami..

tapi ALLAH tu Maha Penyayang..beri aku kesempatan berjumpa dan menjaga arwah sebelum pergi walau 4hari sahaja..kenangan terakhir itu betul2 buat aku rindu nak borak ngan along..permintaan terakhir dia dengan aku, belikan ayam goreng di pasar malam disebabkan dia asik nak muntah, sampai 2ketul..dan along sangat baik denganku waktu tu..slama ni arwah garang dan kurang bercakap sebab sebok adap laptop manjang..dia boleh bergurau, tapi tengok keadaan dan aku memang sebolehnya xnak cari pasal ngn dia..tapi pada saat las aku dapat berborak ngan dia, memang teramat lain aku rasa perubahan along..

aku syukur pada-Mu ya ALLAH..beri kenangan itu padaku..kenangan aku dengannya masih dalam ingatan aku..dia la teman rapatku masa kecil sebelum aku rapat dengan adik..along ponteng skola,aku cover sorok surat dari ma.tapi las ma tau gak.buat keje jahat memang las kantoi gak..ape je keje nakal along mase kecik,aku la yang coverline sebab tu along rapat ngan aku berbanding adik..along g mana2,slalu dengan aku..sampai orang ingatkan kami kapel..aku tolong pecahkan tabung syiling gajah bsn aku tanpa pengetahuan ma,kalau tau memang mati..sebab along nak beli kete lumbe dash yonkuro.time tu budak2 ngah gila alah tu..sanggup aku bagi duit aku tanpa paksaan sebab along..

kami running nek beskal jauh p beli..tengah ujan..dan along xpernah berkira tentang duit, aku helo xcukup duit along usaha cari untuk aku..sampai dapat.itu la along aku.sebolehnya dia nak beri apa dia ada untuk adik2..disebabkan jarak dan keadaan hal masing2 kami jadi kurang rapat tapi mungkin perubahan umur along jadi aku takut dengannya..sebab xle buat silap,mesti kene marah.cuma aku salute ape aku mintak, sebolehnya dia tunaikan walaupun dia tersepit tak makan. masih aku ingat..

selama ni tak pernah along aku beri hadiah hari lahir untuk aku,hanya ucapan..tapi kali terakhir sebelum hari lahirku, along da beri duit bulan 7 kalau xsalah untuk hadiah hari lahirku..katanya sementara sempat dan duit ada..aku akan simpan dan makesure hp ni aku jaga..kenangan terakhir adiah dia tinggalkan untuk aku..

slame ni aku xpernah berkesempatan menyatakan aku sangat sayang pada along, terakhir aku berkesempatan walaupun keadaan along hanya boleh mendengar tapi xbole balas,cukup air mata keluar dan air mukanya,aku sangat berpuas ati along sedar dan tau yang aku memang sayang dia..dan kali tu gak aku cium tangan dia sepuasnya...selepas tu selang 3hari, aku jumpa along dengan muka yang tenang telah mengadap Ilahi..

aku dah takde sape2 selain ma skang..hanya ma tempat aku bergantung..aku redha pemergianmu along..selagi aku bernafas, doa takkan pernah putus untuk along,acik dan tok..sejak kcik sehingga besar, insan2 inilah yang paling rapat denganku.kehilangan dorang,betul2 buat aku rase hidup aku over.tapi Allah masih beri aku ma tempat aku bergantung harap..dan apa terjadi ini, aku segera berbalik pada-Mu ya Allah..aku redha ketentuan-Mu..yang hidup pasti mati..dan sampai masanya aku jua menyusul mengadap-Mu..

kenangan bersama arwah along,takkan pernah ak lupa..moga rohmu tenang disana bersama tok dan adik..al-fatihah....