Tuesday, March 20, 2012

back to school-HPV injection

assalamualaikum wbt

aku baru ade kesempatan untuk update entry (heheeh). malam ni aku bz menghafal dan melancarkan speech yang bakal aku buat esok. cuak! arap tak ketar dan berjalan dengan lancar (amin). ari ni aku ke sekolah menengah kebangsaan mantin, alah blakang klinik mantin je. jalan pun sampai (heuheuheu). tujuannya untuk beri suntikan HPV (HUMAN PAPILLOMA VIRUS)- penyebab utama cancer serviks atau orang2 kite panggil cancer pangkal rahim. aku nak citekan pengalaman aku disamping tu aku nak berkongsi sedikit maklumat tentang HPV ni yang ramai tidak tau tentang kepentingannya.

imunisasi ni akan diberikan pada umur 13 tahun (perempuan). untung mereka pasal zaman aku tade, nak skang bole tapi gov juz provide untuk budak skola. kite2 kene amek sendri la kat private. kalau tak silap aku 1 injection Rm200 sumtin kot. memang mahal la kan. ade 3 dose semuanya dan diberikan dalam mase 6 bulan..jadi tujuan beri injection ni nak cegah dapat cancer serviks la. angan2 aku semalam nak inject budak2 hanya mimpi.. skali sister cakap "kamu sume tak dibenarkan beri injection, bantu staffnurse kawal budak2 dan tolong mane patot" pehhh...aku kecewe (hahahaha). semalam aku da excited da.huehue..kami hanya sekadar pembantu..

alasan sister, takot kami salah inject padahal macam aku tak pernah inject di wad. terima dalam terpakse. bukan ape, aku nak improve skills je. tapi staffnurse kate nextweek kami bole buat untuk budak2 skola rendah. pelik budak2 bagi plak. hum tengok la cane nanti. pertama masuk ke skolah, aku teros rindu masa zaman skolahku. nak plak bunyi loceng krrriiinnngggg! rehat! aahaha..sampai sane kami ready buat persiapan atur barang2. kami punye part job tolong susun form budak2 ni ikut class. suda setel panggil by class..

ape yang aku perhati dengan budak2 ni, perbezaan yang ketara dari segi attitude dorang mengikut class. class arif, cantik baik je aku suh beratur pandai je ikut tak buat bising. class blakang, masuk je da macam pasar. maklomla budak2 ni baru naik menengah, perangai sah2 xmatured lagi. aku da bagi arahan 2-3kali pun bising gak. memang makan budak. ahaha. aku dulu cane la? aku slow time skola nerd hahahaah.. xle blaa.

then, dorang akan dipanggil 1 by 1 oleh doctor untuk cek last date period. sampaikan pasal pakwe ade ke tak lagi ditanya. risau kotnye ade buat pape yang menyebabkan tak datang period. maklom la paham2 budak zaman skang sume advanced. diantara mereka, memang da ade pakwe, dasat. pakwe pulak form 3. kalah aku yang da tahap makcik ni pun takde pakwe lagi skang. hahaha.. sebabnye soalan tu ditanya injection HPV ni tak boleh diberikan ketika hamil, selain tu ditanya juga pernah alami alahan yang teruk. ni sume penting bagi mengelakkan komplikasi lain berlaku.

mase nak inject, aku perhati macam2 mimik muke dorang ni. ade takot benor..ade yang rilek cool je..ade yang focus je tengok member tengah kene inject. hahaa. sambil2 aku cakapla pada yang penakot tu, rilek da la bukan sakit sangat. kalau takot, otot jadi kejang buat rasa sakit tu. yela da takde keje sangat aku ni, duk mengawal dorang. kami tolong staffnurse gak sediakan vaksin tu, sebab tiap kali nak inject, kene makesure bape bilangan yang nak dikeluarkan sebab vaksin cepat mati kalau terdedah lame pada suhu bilik, takde keberkesanan imunisasi diberikan. kami lepak kat skolah tu dari 8.30am sampai 1pm. bukan penat sangat, tapi lapo. hahaha. sengaje kami tak nak makan lagi mase rest tunggu lunch tros kt klinik. saving duit takdop mane ni. ahaha..

lepas setel kemas2 la tunggu van datang. skali yang mai ambulance. boleh tahan la driver tu bawak. asik aku nak terkedepan terkebelakang. bawak macam tak ingat dunie. brek je keje. ahha gile. nasib jarak dekat. kalau tak pening aku dibuatnya. bayangkan gak kalau time emergency tu, camne la oraang yang kat dalam tu, bergoyang abes. huehuehue..

ni antara gambar yang aku candid takot sister marah so diam2 je la amek. tak banyak dapat.

p/s: staffnurse nak sediakan spirit swab sambil diperhati arda

p/s: vaksin da ready

*tergendala aku nak upload pic asik failed. later upload la..zzZZzz...

ok kat bawah ni aku kongsi sedikit tentang faktor risiko @ penyebab cancer serviks boleh berlaku dimana ramai kite2 tak pernah nak amek tau dan tak sedar ape pentingnye kene tau. antaranya :
  1. memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda
  2. mempunyai pasangan seks yang ramai
  3. mengandung lebih dari 5 orang anak
  4. jangkitan kuman melalui hubungan seksual (contoh HPV terdekatla)
  5. kurang jagaan kebersihan pada anggota sulit
  6. merokok- boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya)
  7. kurang daya tahan melawan penyakit disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu
selesai bab tu, mesti nak tau tande2 yang boleh didapati yang menunjukkan individu itu mengalami cancer serviks kan. jika salah 1 tanda kat bawah ni ada pada korang, tolong jumpa doctor segera untuk pemeriksaan lanjut oke. antaranya:
  1. pendarahan yang luar biasa pada vagina( faraj) * bukan haid la dan berpanjangan, banyak
  2. pendarahan tu berlaku diantara haid.
  3. kehadiran darah beku
  4. rasa sakit di bahagian abdomen (perut)
  5. pendarahan dari vagina selepas melakukan hubungan seksual dan rasa sakit semasa melakukannya
  6. pendarahan berlaku selepas putus haid (menopause)
  7. keluar cecair yang luarbiasa dari vagina (berbau, bercampur darah)
tula serba sedikit info aku muatkan dalam entry pasal kalau nak full, panjang lagi la karangan aku. lagipun nak detail korang leh je search kat pakcik google tu..tunggu taip ngan click je kan. huhu..pesanan aku, mencegah lebih baik dari merawat *ayat KKM hahaha dan sayangi serviks kita *bagi kaum hawa je tau huuuhuuu..


selamat malam~

1 comment:

Cik Puan Seri Azey said...

wow!! SUKE NGN INFO2 NI ... :)